Tuesday, 1 January 2013

KENANGAN BERSAMA

Bismillahirahmanirrahim...

Pada bulan November yang lepas berakhirnya cuti untuk semesta yang kedua. Dan pada hujung bulan November bermulanya semesta yang baru untuk dilalui, mengharapkan dapat buat yang lebih baik daripada semesta yang lepas. Bermulanya azam yang baru untuk semesta yang baru dan untuk tahun yang baru iaitu tahun 2013,, Welcome 2013!! .


Pada hujung bulan Disember bermulanya cuti pertengahan semesta selama seminggu. Alhamdulilah dapat juga bertemu dengan kawan lama yang sudah sekian lama tidak ku jumpa. NUR AISHA nama diberi, seorang gadis yang ku kenal sejak dari di bangku sekolah lagi, dan kini melanjutkan pelajaran di POLITEKNIK PERLIS. Perpisahan yang berlaku kerana masing-masing melanjutkan pelajaran. Walaubagaimanapun, perpisahan tidak menjadi halangan untuk meneruskan perhubungan. Nur Aisha yang ku kenali sejak dari Darjah Tiga hingga sekarang. Seorang kawan yang baik dan sangat memahami. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain iaitu Nurul Atiqa dan Nurul Syahirah. Bagaimanapu, Nurul Atiqa telah manamatkan zaman solo nya dan agak sukar bagi saya untuk menemui kerana kesibukan kerjanya. Nurul Syahirah pula, kini melanjutkan pelajaran di KOLEJ REACH iaitu sebuah kolej kejururawatan.



Cuti pertengahan semesta telah kami manfaatkan sepenuhny untuk meluangkan masa bersama-sama

Walaupun kami sukar untuk berjumpa tetapi kami tidak lah terlalu sedih kerana tempat kami tidak lah jauh dan memandangkan itu kami kerap berjumpa bila ada kesempatan masa. Pada hari khamis yang lepas kami telah buat keputusan untuk keluar bersama-sama. Keputusan telah dibuat dan kami memilih Angsana sebagai tempat untuk dituju, hehehe..

Kami pergi dengan menaiki bas kerana tidak ada kenderaan untuk dibawa, kami pergi berdua sahaja pada masa yang sama mencari barang masing-masing. Setelah seharian berjalan kepenatan dirasai dan kami berhenti berehat di KFC  untuk menambahkan tenaga. Setiap kedai kami meneroka untuk menghabiskan masa bersama-sama, dan untuk mencari barang yang diperlukan. Sebelum ke Plaza Angsana, kami telah pergi ke Skudai Parade untuk melihat apa yang ada dan bagaimana keadaan didalamnya. Walaubagaimanapun, kami hanya sebentar di Skudai dan menereskan perjalanan ke Plaza Angsana. Disana, kedai pertama yang menjadi pilihan ialah BADAN CEMERLANG, iaitu kedai yang membekalkan alat-alat persekolahan dan buku-buku yang menarik. Satu kebetulan, kenapa?? kerana Aisha dan saya mempunyai minat yang sama iaitu minat dengan buku-buku Novel. Dengan ini, kami membeli buku Novel kesukaan masing-masing.

Akhirnya, kami telah membeli barang yang diperlukan iaitu saya membeli kasut dan Aisha membeli baju. Pada waktu itu, Aisha ingin membeli kasut juga namun tidak ada saiz yang sesuai untuknya.
Tepat jam 6.30 petang, kami keluar dan menunggu di Perhentian bas untuk menaiki bas.
Bas agak lambat ketika itu,dan pada jam 7.15 bas pun tiba. Dalam perjalanan pulang, kepenatan amatlah dirasai. Dan pada jam 8.30 malam kami pun tiba dirumah. Pada hari Ahad, kami pun pulang ke kampus masing-masing. Inilah, kenangan bersama walaupun cuti yang singkat.
RINDU SUME!!!







Ada apa-apa komen?

No comments:

Copyright@Segala Yang Tercatat diatas semuanya Hak Milik Azihani