Tuesday, 26 February 2013

SKUAD PUTERI UMNO


Assalamualaikum..

Urmm, na cite pula tentang Putri Umno yang kteorang pernah masuk. Waktu tu tingkatan 5, kteorang masuk sebab masa tu ada Kembara Mahkota Johor yamg datang naik Kereta Api. Masa tu awal2 pagi lagi da gerak untuk pegi ke Kampung Pertanian. Dekat jugak la dalam kawasan Kulai juga, sesak sangat sebab banyak sangat kete2 ni semua.







































Biasanya law ada rombongan macam ni memang macam2 acara yang akan diadakan, law tak permainan Sukan cam Sepak Takraw ke, Bola Sepak pun ada jugak, macam2 la ada. Biasannya yang terlibat memang Putri Umno. Masa tahun 2010, tu ada permainan yang sama juga, macam adat pula. Permainan yang terbaru pula, ada Batu Seremban' tak salah yang orang selalu main tu kan.



Masa tu ada pertandingan batu seremban tu la, kawan yang lain semua da kalah, jadi tinggal orang sorang je la yang jadi harapan sebab yang terakhir kan, Alhamdulilah, menang dan dapat la hadiah dengan duit sikit.
Lepas habis majlis tu kteorang pegi makan tengahari dekat Restoran, paz tu kteorang pun balik la rumah untuk berehat.




Ada apa-apa komen?

PERKAHWINAN KAWAN TERSAYANG


Assalamualaikum..

Hari ni rasanya macam na cite pasal Hari Perkahwinan kawan yang tersayang iaitu Nurul Atiqah Binti Akbar.
Yang depan sekali tu Nur Aisha yang sebelum ni orang penah citekan tu, yang belakang orang pula tu la Nurul Atiqa dan yang belakang sekali yang kecik tu, tu la Nurul Syahirah. Masa sekolah kami berempat la kesana-kemari. Masa form 5 yang ika ni selalu cakap paz SPM na kawin, na kawin dan tak sangka la pula paz SPM je dala hujung tahun tu die kawin betul2. Tapi orang kate da sampai seru kan.





















Mula-mula dapat kad jemputan kawin, rasa suka campur nan sedih sekali. Mana tak nye da lame kawan, ada hati lagi na belajar sama-sama tapi tu semua da di takdirkanyang ika ni kawin dulu. Masa saya  masuk uitm ni dalam bulan 11 tahun lepaz 2012. Masa tu semua da pegi belaja, tapi saya nekad jugak balik na tengok kawan kawin. Masa tu Aisha pun balik juga, sanggup juga la ecah/ Aisha balik dari Perlis sampai Johor. Makan masa juga dalam satu hari 16 jam dari Perlis ke JB. Tapi sayangnya malam tu kteorang tak sempat na pegi malam berinai ika. Tak de sorang pun datang, sebab semua belaja, cera/Syahirah pun tak dapat balik sebab banyak keje.


























Saya sampai pagi Sabtu, dengan kawan juga yang ada dalam gambar sebelum ni. Kteorang bergegas juga datang pagi tu, ecah pula da sampai rumah. Kteorang datang kat majlis ika dalam pukul 2 petang cam tu la.
Kteorang cume dapat jumpa masa kat Dewan tu je la, tak sangka da kawin da. Harap sangat Suami die dapat jage dia dengan baik la.



Lepaz je ika kawin, kteorang da jarang sangat2 dapat jumpa, sebab ika da duduk rumah sendiri jadi jauh sikit dari rumah. Law ika duduk rumah mak dia senang cikit na jumpa sebab dekat. Law macam kteorang kuar kadang2 ika nye tak de, sebab kesibukan keje. Law na datang rumak dia pun, susah cikit sebab keje. Apa-pun semoga ika berbahagia dan dapat jumpa ika. Kteorang sayang ika. 



Ada apa-apa komen?

Sunday, 24 February 2013

MENJEJAK KAKI DI UiTM




Assalamualaikum..

Urmm, hari ini na ceritakan tentang hari pertama di UiTM. Alhamdulilah, terkabul juga doa untuk menjejak kaki di UiTM. ibu bapa mana yang tidak gembira melihat anaknya berjaya. Walaubagaimanapuu, sudah berjaya masuk belum tentu boleh grade tepat pada masanya jadi walau di mana kita berada mesti tetap kene berusaha untuk grade tepat pada masanya, insaAllah..


Sebelum hari untuk berdaftar tu, mesti la kene kemas semua barang-barang untuk dibawa, jadi bila tiba besoknya na daftar petang tu da bertolak untuk ke rumah mak cin di Moakil kerana dekat untuk ke kampus cawangan Segamat. Malam tu makan solat semua di rumah mak cik. Besok pagi nya bergerak tolak ke Segamat, haluan yang dituju. Bertolak pagi dalam jam 9 pagi dan sampai dalam jam 12.30 tengahari. Lambat sikit, kerana ayah tak tahu jalan untuk masuk UiTM. Tepat je sampai terus je daftarkan diri, dapat bilik semua, ayah pun tolong kemas kan barang semua. Alhamdulilah, cukup semua barang tak payak keluar untuk cari barang, kawan yang lain ada yang tak lengkap, susah sikit na cari barang sebab tak tahu jalan sebernanya.




















Tepat jam 4 petang, keluarga diminta pulang untuk memulakan sesi 'Minggu Destini Siswa', bila nampak ayak balik je, terus je na menangis sedih rasenya na ikut balik pun ada jugak sebab tak kenal sesiapa. Tapi kenelah kuat kan semangat, law na berjaya sampai bila na berkepit dengan keluarga.









Tepat jam 4, semua di minta beratur mengikut fakulti masing-masing dan di bawa masuk ke dewan untuk Majlis Perasmian 'Minggu Destini Siswa'. Masa dalam tu tak kenal sapa-sapa pun tapi kawan satu bilik ada kan, kawan je la. Besok nya pula, badan da rasa lain sangat rupa-rupanya demam, tepon mama, mama cakap ayah pun demam jugak. Memang sangat-sangat tak larat masa tu sebab demam panas yang terlampau tapi kuat kan semangat la.




Habis je, MDS berkenalan pula dengan kawan sebilik. kenal-kenal alhamdulilah dyorang semua okey. Lepas tu, mula sesi kuliah yang selama ni tak pernah tahu macam mana. Tapi da 6 bulan lama-lama tu da biasa da. Masuk kelas, berkenalan pula dengan kawan satu kelas.



Ada apa-apa komen?

Dinner IMS



Malam khamis yang lepas,di adakan makan malam bersama lecturer and semua pelajar fakulti information management. Tema pada malam itu adalah klasik yang bertemakan zaman P.Ramle dan Saloma. Semua pelajar dan lecturer yang datang serba bergaya. Malam tu meja yang kami dapat bernama 'Tiga Abdul' untuk students part three only. Then, malam tu ada persembahan daripada students part one from all class yang terdiri dari lakonan, dan nyayian. 































Makan malam yang di hidangkan pada malam itu adalah Satay dan Nasi Ambeng iaitu makanan tradisional melayu dahulu. Agak sedap juga la makanan nye. Tetapi terlalu ramai sehingga berebut untuk makan. Semua pelajar duduk dimeja yang ditetapkan mengikut bahagian yang telah disusun supaya tidak menimbulkan salah faham.












Semasa semua pelajar semesta satu membuat persembahan, semua tetamu di jemput untuk menjamu selera sambil berhibur dengan melihat persembahan. Selesai saja persembahan, cabutan bertuah pun diadakan. Malangnya, nombor saya tidak bertuah. Selesai saja cabutan bertuah, plug' penghargaan diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang.




Selesai sahaja, semua aktiviti yang diadakan, majlis pun bersurai pada jam 11.30 malam.



Ada apa-apa komen?

Wednesday, 20 February 2013

TELUK SENGAT




Teluk sengat?? Apa itu??
Teluk sengat adalah satu tempat yang terletak di  di Kota Tinggi yang mana ianya adalah kawasan sejarah. Kenapa ianya kawasan sejarah kerana pada masa dulu kawasan perdagangan yang pertama di Johor adalah di teluk sengat. 
Ok, kenapa tiba-tiba nak cakap pasal teluk sengat nie, sebab masa cuti tahun baru cina tu kami sekeluarga pergi ke teluk sengat. Mula tu ngat na jalan-jalan, makan-makan angin tapi adik tu pulakk na mancing ikan la, apa la ikut kan jela. Hari tu kami sekeluarga pergi teluk sengat tu pagi dalam pukul 8 setengah pagi gitu. Masa tu 13/ 2/ 2013 bersamaan dengan hari Rabu. Masa pergi tu hujan lebat sangat, maklum la baru raya cina kan. Tapi nekad pergi dengan berhati-hati memandu. Masa sampai kat sane tu dalam jam 10 lebih gitu, tu pun hujan lagi tapi adik tu sibuk sangat na mancing ikan. Sampai-sampai je budak kecik tu terus je amik pancing pegi kat Kelong', tapi kelong yang dekat la. Kelong' tu macam rumah yang kecik-kecik yang kita nampak kat tengah laut tu. Saya dengan mama tunggu la adik dengan ayah memancing ikan. Lame jugak tunggu kat situ dapat jugak ikan akhirnya, tapi ikannye kecil-kecil la time tu air tengah pasang jadi seronok la dieorang pancing ikan.



















Time kat situ kami sekeluarga tengah seronok duduk di situ, tiba ada la Sorang Pak cik nie, pak cik kot sebab nampak cam da berumur sikit, kami pun tanya la apa die buat kat situ rupanya die tunggu lori datang untuk amik udang untuk di jual di Singapore. Bila liri tu sampai kami semua pun tengok la udang tu, urmm udang tu sangat-sangat la besar, paz tu udang tu mahal la, terlalu mahal sebab kat Malaysia pun tak semua Pasaraya jual udang nie. Pas tu, kami pun tengok la udang tu di naikkan di atas lori. 
Lama jugak la tunggu adik dengan ayah pancing ikan sampai
bunyi-bunyi da perut. Tak lame paz tu saya nan mama pergi makan dulu sebab da lapar sangat da. Alangkan untungnya, sebab kedai makannya tak jauh dari situ, maksudnya dekat la.


















Dalam pukul satu petang cam tu, kami semua makan, solat paz tu pegi pulak dekat Johor Lama, Johor Lama ni pun kawasan bersejarah jugak. Masa masuk je kat kampung tu, da nampak da Batu Nisan ada kain bersalut warna kuning. Rasa kat hati na tahu sangat Kubur sapa kat situ, kubur tu besar Sorang paz tu satu je kat situ. Sepanjang jalan kat situ banyak sangat kubur, kubur tu pulak dekat sangat dengan rumah orang kat situ. Kubur yang sangat-sangat lame. Bila kami sekeluarga keluar nak pulang ke rumah nampak la kubur tu sebernarnya kubur Datuk Temenggong.
Urm, akhirnya sampai kat rumak dalam jam 6 setengah petang
sebab pergi rumah nenek sekejap.













Ada apa-apa komen?

Monday, 18 February 2013

5 UKM/6 RENDAH 5 [SMK KOTA KULAI/STARP]




Sekolah menengah kota kulai adalah sekolah yang sangat meninggalkan kenangan dalam hati, banyak sangat pengalaman yang dapat kat sekolah nie. Sekolah ni baru je dibina tapi tak la baru sangat, sebab masa masuk  sekolah ni da 6 tahun jugak la. Masa masuk sekolah ni Tingkatan satu dapat masuk kelas yang ketiga sebab result UPSR tak de la baik sangat. Paz tu, masa tingkatan dua tu ada la peningkatan sikit, masuk kelas kedua sampai tingkatan tiga.

                                                                                                                                                                                        

Masa nak naik tingkatan empat takut sikit sebab kene pilih kos, takut sikit na amik sains tulen. Semuanya bergantung kat result PMR. PMR pun tak berapa na baik sangat, tapi Alhamdulilah dapat jugak la kos Perakaunan. Mula-mula na bawak kos ni macam sush cikit tapi da lame-lame alhamdulilah boley jugak.






Kiteorang ni semua kadang memang suka lepak-lepak duduk kat tangga bila cikgu lambat masuk kelas, sebab nya kelas dekat dengan tangga. Masa kat sekolah dulu kene duduk sebelah dengan budak cina sebab 1 Malaysia kan, hehehe.. tapi dalam masa yang sama, kene ajar dyeorang Bahasa Melayu, dyeorang ajar kiteorang matematik. Urm,, t yang jadi rapat sikit dengan budak cina nie.




Tu masa tingkatan satu sehingga lima. Ni pula, masa tingkatan enam. Tingkatan enam ni amik kos Syariah. tak lame kat tingkatan ni lepas tu dapat tawaran masuk UiTm ni, Alhamdulilah. Rasa berat hati juga sebenarnya na tinggal kan tingkatan enam ni sebab da ramai kawan kan, tapi apa kan daya takdir yang menentukan, macam mane pun still contact dengan kawan-kawan yang lain. Rindu korang semua..








Ada apa-apa komen?

Copyright@Segala Yang Tercatat diatas semuanya Hak Milik Azihani